MetMalaysia keluarkan Nasihat Ribut Tropika

MetMalaysia pada Selasa mengeluarkan Nasihat Ribut Tropika. Foto hiasan
MetMalaysia pada Selasa mengeluarkan Nasihat Ribut Tropika. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Ribut Tropika (NARRA) yang bergerak ke arah timur pada kelajuan 19 kilometer sejam (km/k) pada jarak kira-kira 1,630km Timur Laut Tumpat, Kelantan.

Menurut MetMalaysia, ribut itu mencatat kelajuan angin maksimum 65km/j, namun tidak memberikan kesan signifikan kepada Malaysia setakat ini.

Jabatan itu memaklumkan kedudukan semasa ribut tropika berkenaan pada 5 petang tadi adalah di latitud 19.5 utara dan longitud 108.5 timur, kira-kira 47km dari Utara Basuo, China. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!