PKNS perkukuh infrastruktur awam menerusi Koridor Mobiliti Bersepadu SA Sentral

A
A
A

Gambaran artis pelan induk pembangunan SA Sentral.
Gambaran artis pelan induk pembangunan SA Sentral.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus memperkukuh usaha mentransformasikan pusat bandar Shah Alam melalui pelaksanaan Koridor Mobiliti Bersepadu SA Sentral, sebuah projek infrastruktur awam yang menghubungkan Stesen LRT3 Dato’ Menteri dengan Laluan Aneka sebagai sebahagian daripada pembangunan SA Sentral.

Projek koridor pejalan kaki berbumbung sepanjang kira-kira 300 meter yang kini sedang giat dilaksanakan itu dijangka siap sepenuhnya pada suku tahun ketiga 2026.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pelan transformasi SA Sentral yang dilaksanakan secara berfasa bagi mewujudkan sebuah ekosistem bandar yang menghubungkan pembangunan komersial, kemudahan awam dan ruang komuniti melalui jaringan infrastruktur yang lebih moden, inklusif serta lestari.

No Image Caption

Apabila siap kelak, koridor ini akan menyediakan laluan pejalan kaki yang lebih selesa, selamat dan efisien, sekali gus menghubungkan pengguna LRT3 serta orang ramai ke beberapa destinasi utama di pusat bandar Shah Alam seperti Laluan Aneka, Kompleks PKNS Shah Alam, Selangor International Trade Centre (SITC) serta SACC Mall.

Koridor Mobiliti Bersepadu SA Sentral ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sokongan seperti laluan mikromobiliti, tempat letak basikal, papan tanda penunjuk arah (wayfinding signage), landskap, kawasan teduhan serta lintasan pejalan kaki yang lebih selamat dan mesra pengguna.

Artikel Berkaitan:

Laluan pejalan kaki berbumbung dengan landskap hijau di Laluan Aneka, SA Sentral.
Laluan pejalan kaki berbumbung dengan landskap hijau di Laluan Aneka, SA Sentral.

Kemudahan ini mencerminkan pendekatan pembangunan bandar yang mengutamakan kebolehgerakan (walkability), kesalinghubungan dan kesejahteraan komuniti.

Pelaksanaan inisiatif ini selari dengan komitmen PKNS dalam menyokong aspirasi Kerajaan Negeri Selangor untuk memperkukuh infrastruktur bandar yang moden, mampan dan bersedia memenuhi keperluan masa hadapan, di samping melengkapi usaha Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam meningkatkan kualiti mobiliti di pusat bandar Shah Alam.

Koridor Mobiliti Bersepadu SA Sentral yang menyediakan laluan pejalan kaki berbumbung dan mesra pengguna.
Koridor Mobiliti Bersepadu SA Sentral yang menyediakan laluan pejalan kaki berbumbung dan mesra pengguna.

Lebih daripada sekadar laluan pejalan kaki berbumbung, Koridor Mobiliti Bersepadu SA Sentral merupakan pelaburan Koridor Mobiliti Bersepadu SA Sentral merupakan pelaburan strategik jangka panjang yang dijangka meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, merangsang aktiviti ekonomi setempat serta memperkukuh daya huni pusat bandar Shah Alam.

PKNS yakin pelaksanaan Koridor Mobiliti Bersepadu SA Sentral ini akan menjadi antara pemangkin utama transformasi pusat bandar Shah Alam, melalui penyediaan infrastruktur awam yang lebih berkualiti.

Ia sekali gus memperkukuhkan kedudukan SA Sentral sebagai Central Business District (CBD) baharu Shah Alam yang menghubungkan mobiliti, ekonomi dan komuniti dalam sebuah ekosistem bandar yang bersepadu dan lestari.

Gambaran artis laluan pejalan kaki berbumbung menghubungkan Plaza Alam Sentral dan Plaza Perangsang.
Gambaran artis laluan pejalan kaki berbumbung menghubungkan Plaza Alam Sentral dan Plaza Perangsang.

Langkah ini turut disempurnakan menerusi penjenamaan semula bangunan-bangunan utama di sekitar SA Sentral bagi memberikan pengalaman yang lebih segar dan tersusun kepada pengunjung.

Penyelarasan imej ini bukan sahaja memberikan nafas baharu kepada mercu tanda sedia ada, malah berupaya mentransformasikan kawasan berkenaan menjadi sebuah hab pusat bandar yang mesra komuniti, dinamik, bernilai tinggi serta bersedia untuk masa hadapan.

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!