Al-Muzammil bergema dalam pusat beli-belah
15 Ogos 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Rumah Ngaji Teluk Muroh terus mencipta kelainan membudayakan bacaan al-Quran apabila memilih pusat beli-belah AEON Seri Manjung di Manjung bagi menyemarakkan penganjuran Malaysia #QuranHour pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Bacaan Surah al-Muzammil yang dipilih bergema di lokasi tumpuan pengunjung pada hujung minggu itu dengan disertai kira-kira 70 peserta dari Rumah Ngaji berkenaan.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SurahAlMuzammil #QuranHour #RumahNgajiTelukMuroh
