Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

'Tiada aset TH dijual kepada golongan bukan Islam atau China' - Menteri Agama

11 Ogos 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A

Kerajaan menafikan dakwaan aset milik Lembaga Tabung Haji (TH) dijual kepada golongan bukan Islam atau pihak berkepentingan dari China kononnya sebagai sebahagian proses penstrukturan semula institusi tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, aset yang dipindahkan di bawah pelan pemulihan 2018 itu dijual kepada syarikat tujuan khas dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791565/berita/nasional/tiada-aset-th-dijual-kepada-golongan-bukan-islam-atau-china---menteri-agama

#SinarHarian #BeritaSemasa #RCITH #DewanRakyat #AsetTH