2,300 pelajar PUO berarak sempena Bulan Kebangsaan

IPOH - Sebanyak 2,300 pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO) menyertai perarakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Perarakan Merdeka@PUO 2026, yang berlangsung di Astaka Padang, Kampus A PUOdi sini hari ini.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Jenny Choy Tsi Jen berkata, program yang dianjurkan buat kali kedua itu bukan sekadar satu perarakan besar, sebaliknya menjadi platform memperkukuh semangat patriotisme, nasionalisme dan kecintaan terhadap negara.
"Dengan penyertaan lebih 2,300 orang, ia melambangkan kekuatan kerjasama antara pelajar, staf dan masyarakat dalam menghayati erti sebenar kemerdekaan," katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
