Guru Sejarah ‘tampar kapit’ pelajar diarah bayar ganti rugi lebih RM80,000Seorang pesara guru subjek Sejarah di sebuah sekolah menengah di Kelantan diarahkan membayar ganti rugi keseluruhan RM88,069 kepada pelajarnya yang ditampar sebanyak empat kali ketika sesi pembelajaran dalam kelas, tujuh tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Mohd Rosli Yusoff pada Isnin selepas mahkamah membenarkan tuntutan saman sivil yang difailkan mangsa melalui ibunya terhadap guru berkenaan serta tiga defendan lain.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791447/berita/semasa/guru-sejarah-tampar-kapit-pelajar-diarah-bayar-ganti-rugi-lebih-rm80000Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik inar Harian.#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #gurudiarahbayargantirugi