DKU Negeri Sembilan, SU mahu mencelah semakan kehakiman singkir Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR - Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan dan Setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin memohon untuk mencelah dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini bagi menyingkirkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Permohonan kebenaran semakan kehakiman itu dikemukakan tiga bekas Undang Negeri Sembilan dan seorang lagi yang masih memegang jawatan berkenaan pada 17 Julai lalu.
Mereka ialah tiga bekas Undang iaitu Datuk Mubarak Thahak (yang statusnya sebagai Undang Sungai Ujong dipertikaikan), Datuk Maarof Mat Rashid (bekas Undang Jelebu), Datuk Abd Rahim Yasin (bekas Undang Rembau) dan Datuk Muhammed Abdullah (Undang Johol yang masih memegang jawatan).
Mereka selaku pemohon membuat permohonan berkenaan pada Ahad menerusi Tetuan Halim & Ismail dengan menamakan Menteri Besar Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri selaku responden dalam permohonan kebenaran berkenaan.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

