Sidang DUN Kedah berlangsung 25 minit

Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN) Ke-14 di Wisma Darul Aman di sini hari ini hanya berlangsung selama 25 minit.
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN) Ke-14 di Wisma Darul Aman di sini hari ini hanya berlangsung selama 25 minit.
A
A
A

ALOR SETAR - Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN) Ke-14 di Wisma Darul Aman di sini hari ini, hanya berlangsung selama 25 minit.

Dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Kedah, sidang dewan itu diadakan bagi memenuhi Perkara 53 (1), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah selepas ditunda sebanyak tiga kali.

Menurutnya, kerajaan negeri membuat ketetapan mengadakan mesyuarat itu bagi mengelakkan berbangkit masalah undang-undang sekiranya mesyuarat pertama melepasi tempoh enam bulan dari mesyuarat sebelumnya walaupun kini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masuki fasa ketiga berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

"Malah, mesyuarat berkenaan diadakan atas perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang mana teks titah perasmian Sultan Kedah turut diedarkan kepada kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah.

"Tindakan berkenaan selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 56, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah iaitu Raja Pemerintah boleh menyampaikan titah di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) atau menghantar titah kepada sidang dewan," katanya.

Katanya, ketetapan itu dibuat seperti yang termaktub di bawah Perkara 53 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah memandangkan tarikh akhir genap enam bulan adalah pada 24 April 2020 selepas sidang DUN bagi Mesyuarat Bajet Negeri Kedah 2020 ditangguhkan pada 24 Oktober tahun lepas.

Menurutnya, mesyuarat kali ini juga terhad kepada ADUN dan pegawai-pegawai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam mematuhi panduan penjarakkan sosial minimum satu meter (m) di bawah PKP atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, ketua-ketua jabatan atau wakil tidak dijemput kecuali Pemangku Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah dan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah.

Artikel Berkaitan:

"Antara tindakan diambil ialah tempat duduk dijarakkan, imbasan suhu badan, menggunakan cecair pembasmi kuman dan menandatangani surat deklarasi tahap kesihatan sebelum memasuki kamar DUN," katanya.

Terdahulu, satu usul dibentangkan dalam mesyuarat kali ini iaitu Laporan Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah.