Gagal kawal marah, warga Bangladesh tetak rakan serumah

Polis menahan seorang warga Bangladesh yang dipercayai menetak rakan serumahnya di sebuah restoran di Taman Cheras Baru, Kuala Lumpur pada Ahad. Gambar hiasan
Polis menahan seorang warga Bangladesh yang dipercayai menetak rakan serumahnya di sebuah restoran di Taman Cheras Baru, Kuala Lumpur pada Ahad. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR – Tidak puas hati selain gagal mengawal perasaan marah dipercayai menjadi punca seorang lelaki warga Bangladesh menetak rakan serumahnya dalam kejadian di sebuah restoran di Taman Cheras Baru, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Rosdi Daud berkata, mangsa berusia 36 tahun dan bekerja sebagai pembantu stor itu mengalami kecederaan akibat tetakan dan kini dirawat di Zon Kuning, Hospital Ampang dalam keadaan stabil.

"Polis kemudian berjaya menangkap suspek dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian dilaporkan berlaku.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras kemudian menahan suspek di hadapan sebuah poliklinik di Jalan 16, Kampung Cheras Baru kira-kira jam 12 tengah malam,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, suspek merupakan lelaki warga Bangladesh berusia 30 tahun yang juga rakan sekerja dan rakan serumah mangsa.

"Turut dirampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

"Siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati dan kegagalan mengawal kemarahan susulan perselisihan faham yang berlaku antara suspek dan mangsa," katanya.

Rosdi berkata, siasatan mendapati kedua-dua lelaki terbabit telah tinggal bersama selama lima tahun.

"Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Ampang dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di hadapan Majistret hari ini bagi membantu siasatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!