Tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik

BEAUFORT - Tiga anggota polis dilaporkan maut terkena renjatan elektrik di Kampung Weston, di sini, pada petang Khamis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Ishak Jabas memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.56 petang.
Katanya, sepasukan anggotanya kini dalam perjalanan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 28 kilometer dari BBP Beaufort.
"Setakat ini, maklumat diterima melibatkan anggota polis namun, maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
