Ahmad Zahid enggan layan 'kenyanyukan seseorang'
06 Ogos 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan melayan dakwaan kononnya berlaku campur tangan pihak luar dalam pemilihan Menteri Besar Negeri Sembilan, sebaliknya menyifatkan kenyataan itu sebagai 'kenyanyukan seseorang' yang tidak memahami realiti politik.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, menjadi tanggungjawabnya sebagai pengerusi gabungan berkenaan di peringkat kebangsaan mengemukakan watikah serta cadangan nama kepada pihak Istana bagi proses pelantikan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik inar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #MBNegeriSembilan #BN #ZahidHamidi
