Syarikat kopi terkenal didakwa tiada lesen iklan

OKS didakwa mengikut Undang-Undang Kecil 7, Undang-Undang Kecil Iklan (MPKL) 2007.
OKS didakwa mengikut Undang-Undang Kecil 7, Undang-Undang Kecil Iklan (MPKL) 2007.
A
A
A

KUALA LANGAT - Sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan kopi terkenal dihadapkan ke Mahkamah Telok Datok di sini pada Rabu di atas kesalahan tidak mempunyai lesen iklan daripada Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

Berdasarkan pertuduhan, syarikat itu menerusi wakilnya, selaku orang kena saman (OKS) didakwa tidak mempunyai lesen iklan daripada MPKL, di sebuah premis di Pusat Perdagangan Banting di sini.

OKS didakwa mengikut Undang-Undang Kecil 7, Undang-Undang Kecil Iklan (MPKL) 2007.

Bagaimanapun, OKS memohon kes berkenaan ditarik balik dengan alasan telah menjelaskan kompaun di MPKL, bernilai RM1,000 dan empat tunggakan notis kesalahan berjumlah RM2,000.

Majistret, Maslinda Selamat kemudiannya membenarkan permohonan tersebut dan saman dibatalkan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa MPKL, Hasrizal Abd Rahim dan Ahmad Razali Abdul Manaf.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!