'Jangan takut, saya cuma budak kampung' - Akmal sindir individu didakwa sunting profilnya di Wikipedia

Profil Akmal Saleh yang disunting individu tidak bertanggungjawab di Wikipedia.
Profil Akmal Saleh yang disunting individu tidak bertanggungjawab di Wikipedia.
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyindir pihak yang didakwa menyunting halaman Wikipedia mengenainya dengan menegaskan mereka tidak perlu takut kerana beliau hanyalah seorang budak kampung yang biasa.

Beliau menerusi hantaran di Facebook pada Isnin mendakwa tindakan itu membuktikan ada pihak yang berasa tergugat sehingga sanggup mengubah maklumat pada laman ensiklopedia dalam talian berkenaan.

"Sampai ke Wikipedia pun diorang nak edit sebab takut pada Akmal Saleh.

"Jangan takut pada saya, kerana saya bukanlah hebat sangat ataupun ada apa-apa pun. Saya hanyalah seorang budak kampung yang biasa.

"Moga ALLAH SWT berikan petunjuk kepada mereka yang buat perkara ini," tulis beliau.

Menerusi hantaran sama, Akmal turut memuat naik laman Wikipedia yang telah disunting oleh pihak didakwa penyokong Pas anti UMNO.

Suntingan itu turut mengajak seluruh rakyat untuk menggulingkan Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau itu.

Dalam pada itu, Akmal dalam nada sinis turut menyelar tindakan berkenaan.

"Panas tak apa, jangan koyak jer," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!