Penunggang warga Singapura maut motosikal rempuh kereta

Motosikal ditunggangnya hilang kawalan lalu merempuh Toyota Vellfire milik wanita warga Singapura berusia 32 tahun yang berada di laluan kanan.
Motosikal ditunggangnya hilang kawalan lalu merempuh Toyota Vellfire milik wanita warga Singapura berusia 32 tahun yang berada di laluan kanan.
A
A
A

KULAI - Seorang penunggang motosikal warga Singapura maut selepas melanggar bahagian belakang kereta dipandu seorang wanita di Kilometer (KM) 44.6, Lebuhraya Utara Selatan (Arah Selatan), jam 2.05 petang pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mangsa, berusia 56 tahun bersama dua lagi rakannya berusia 57 dan 39 tahun sedang dalam perjalanan dari utara menuju selatan.

“Bagaimanapun, motosikal ditunggangnya hilang kawalan lalu merempuh Toyota Vellfire milik wanita warga Singapura berusia 32 tahun yang berada di laluan kanan.

“Ketika itu, aliran trafik di laluan berkenaan bergerak perlahan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Penunggang motosikal warga Singapura maut selepas melanggar sebuah Toyota Vellfire di KM 44.6, Lebuhraya PLUS arah Selatan dekat Kulai pada Ahad.
Penunggang motosikal warga Singapura maut selepas melanggar sebuah Toyota Vellfire di KM 44.6, Lebuhraya PLUS arah Selatan dekat Kulai pada Ahad.

Beliau berkata, perlanggaran itu mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya cedera.

Katanya, pemandu wanita terbabit tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!