Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Pulau Pangkor

Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di perairan Tanjung Hantu, Pulau Pangkor, semalam - Gambar hiasan
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di perairan Tanjung Hantu, Pulau Pangkor, semalam - Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di perairan Tanjung Hantu, Pulau Pangkor, semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan penemuan mayat di kedudukan kira-kira 1.3 batu nautika barat daya Tanjung Hantu itu pada 10.31 pagi.

"Anggota Maritim Malaysia bersama Bot Penggalang 1639 yang tiba di lokasi pada 11.22 pagi mendapati mayat itu dipercayai lelaki warga Indonesia, berpakaian baju berwarna hitam dan berseluar pendek.

"Siasatan awal mendapati mayat dijumpai terlebih dahulu oleh sebuah bot pancing di kedudukan kira-kira 1.4 batu nautika barat Tanjung Hantu sebelum maklumat disalurkan kepada Maritim Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!