Polis siasat hantaran media sosial didakwa hina institusi diraja Perlis

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran di media sosial yang didakwa menghina institusi diraja Perlis berkaitan penganugerahan pingat kebesaran negeri.
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran di media sosial yang didakwa menghina institusi diraja Perlis berkaitan penganugerahan pingat kebesaran negeri.
A
A
A

KANGAR - Polis sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran di media sosial yang didakwa menghina institusi diraja Perlis berkaitan penganugerahan pingat kebesaran negeri.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima dua laporan polis dari seorang pembantu tadbir berusia 35 tahun dan peniaga berusia 40 tahun yang tidak berpuas hati dengan hantaran berkenaan pada Jumaat.

Menurutnya, pengadu membuat laporan polis berhubung hantaran di media sosial Facebook yang dianggap mengandungi kenyataan berunsur menghina institusi diraja Perlis berhubung penganugerahan pingat kebesaran negeri berkenaan.

"Pada 30 Julai 2026, lebih kurang jam 11.36 malam, ketika pengadu melayari aplikasi Facebook telah melihat satu hantaran jelik yang dimuat naik seorang individu.

"Hantaran tersebut merujuk kepada pengurniaan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada Ustaz Ahmad Adnan Fadzil sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Perlis," katanya.

Menurutnya, pada pemerhatian pengadu, kenyataan tersebut disyaki dibuat sebagai komen terhadap pengurniaan pingat yang dikurniakan Tuanku Raja Perlis.

"Pengadu berpendapat penggunaan frasa tersebut boleh ditafsirkan sebagai satu penghinaan atau memperlekehkan anugerah yang dikurniakan oleh baginda.

"Pengadu turut menyimpan tangkap layar hantaran Facebook tersebut sebagai bahan rujukan dan bukti untuk siasatan pihak polis," katanya.

Yusharifuddin berkata, pada pandangan pengadu, hantaran berkenaan berpotensi membawa persepsi negatif terhadap institusi diraja Perlis dan boleh menimbulkan salah faham serta mengganggu keharmonian masyarakat, khususnya melibatkan isu 3R.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!