Lelaki tipu jual topeng muka diberkas di Gombak

Suspek ditahan polis semalam di Gombak.
Suspek ditahan polis semalam di Gombak.
A
A
A

SEREMBAN- Polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun di Gombak, Selangor semalam kerana dipercayai terlibat dalam penipuan jual beli topeng muka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJN) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani berkata, akibat penipuan itu mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 28 tahun telah mengalami kerugian secara keseluruhan kira-kira RM46,200.

Beliau berkata, mangsa berhubung dengan seorang individu dikenali sebagai Anis pada 22 Mac lalu bagi urusan pembelian topeng muka secara borong sebanyak 800 kotak dengan bayaran permulaan RM38,000.

"Mangsa kemudian membuat pembayaran secara berperingkat ke dalam akaun dipercayai milik suspek antara 25 Mac hingga 31 Mac lalu membabitkan jumlah keseluruhan berjumlah RM46,200.

"Selepas pembayaran terakhir, individu berkenaan telah memberi maklum balas mengatakan bahawa telah menerima bayaran tersebut daripada mangsa.

"Bagaimanapun mangsa menerima mesej yang mengatakan pembelian tersebut terpaksa ditunda susulan penjual itu mendakwa dia telah ditipu bahawa barang berkenaan akan diterima dalam masa sebulan manakala wangnya akan dikembalikan semula dalam tempoh sebulan, namun individu berkenaan didapati mendiamkan diri," katanya.

Aibee
Aibee

Aibee berkata, mangsa membuat laporan polis selepas menyedari dirinya ditipu dan suspek yang merupakan pemilik akaun berkenaan berjaya ditahan di Gombak semalam, hasil bantuan pasukan polis Bukit Aman.

Artikel Berkaitan:

"Suspek direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Siasatan lanjut juga mendapati akaun suspek digunakan untuk dua lagi kes penipuan sama di Kota Bharu, Kelantan dengan melibatkan kerugian berjumlah RM14,000 serta di Kulim, Kedah berjumlah RM10,000," katanya.