Tular video 'beli undi', calon BN Chuah buat laporan polis

Jeou Ching (tengah) membuat laporan polis berkenaan video tular memaparkan aktiviti mengagih wang yang dikaitkan dengannya
Jeou Ching (tengah) membuat laporan polis berkenaan video tular memaparkan aktiviti mengagih wang yang dikaitkan dengannya
A
A
A

PORT DICKSON - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuah, Pau Jeou Ching membuat laporan polis susulan tular satu video di media sosial yang didakwa memaparkan aktiviti agihan wang serta risalah yang dikaitkan dengannya.

Menurut Jeou Ching, video berkenaan adalah cubaan untuk memfitnah serta merosakkan reputasinya.

"Setelah menyedari mengenai kewujudan video tular ini, saya segera menyerahkannya kepada pihak polis untuk siasatan susulan.

"Memandangkan video itu jelas merakam mereka yang hadir, maka ia pastinya memudahkan pihak polis untuk menjalankan siasatan menyeluruh seterusnya mendedahkan kebenaran," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tular satu video di media sosial yang didakwa memaparkan aktiviti agihan wang serta risalah yang dikaitkan dengan calon BN bagi DUN Chuah itu.
Tular satu video di media sosial yang didakwa memaparkan aktiviti agihan wang serta risalah yang dikaitkan dengan calon BN bagi DUN Chuah itu.

Beliau turut mengutuk sekeras-kerasnya sebarang percubaan memfitnah, sengaja memanipulasi rakaman video atau menggunakan teknologi bagi mengelirukan orang ramai.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai supaya tidak terpedaya dengan fitnah, menghentikan penyebaran berita palsu dan memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan.

Sebelum ini tular video dan beberapa gambar di media sosial yang memaparkan orang ramai beratur di sebuah restoran di Chuah dipercayai untuk menerima wang sebagai imbuhan yang diberikan oleh sebuah parti sempena pilihan raya ini.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun calon PH Chuah, Datuk Yew Boon Lye menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengaitkan beliau dengan video tular tersebut dan turut membuat laporan polis.

Beliau menegaskan tidak pernah terlibat, merestui atau mengarahkan mana-mana individu menawarkan wang atau apa-apa bentuk imbuhan sebagai pertukaran untuk mendapatkan undi.

"Saya sentiasa menentang sekeras-kerasnya politik wang dan perbuatan membeli undi.

"Menggunakan wang untuk mempengaruhi pilihan pengundi bukan sahaja melanggar undang-undang pilihan raya, malah mencabuli hak pengundi untuk membuat pilihan secara bebas serta merosakkan keadilan dan maruah sistem demokrasi," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!