Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan 10 negeri sehingga jam 5 petang. Gambar hiasan
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan 10 negeri sehingga jam 5 petang. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan 10 negeri sehingga jam 5 petang, Rabu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada jam 1.40 tengah hari, amaran itu melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Di Kedah, kawasan yang dijangka terjejas ialah Langkawi, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Perak, amaran melibatkan daerah Pengkalan Hulu, manakala di Pahang pula membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan.

Di Selangor, kawasan yang terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Bagi Negeri Sembilan, amaran meliputi Jelebu, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol, manakala di Melaka hanya melibatkan daerah Jasin.

Di Johor, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk ialah Tangkak, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu, di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Selangau), Mukah dan Limbang.

Di Sabah, amaran melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) serta Kudat (Kota Marudu).

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Wilayah Persekutuan Labuan turut berada dalam kawasan yang menerima amaran cuaca tersebut.

METMalaysia menasihatkan orang ramai di kawasan terlibat supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi saluran rasmi agensi itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!