Isu Tabung Haji: LOD tuntut ganti rugi RM5 juta diserah kepada Ismail, Abied Abdullah

LOD tuntut ganti rugi RM5 juta yang diserahkan kepada Ismail, Abied Abdullah.
LOD tuntut ganti rugi RM5 juta yang diserahkan kepada Ismail, Abied Abdullah.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan peguamnya menyerahkan Letter of Demand (LOD) atau Notis Tuntutan saman ganti rugi RM5 juta kepada dua individu yang didakwa memfitnahnya berhubung isu Lembaga Tabung Haji (TH).

Penyerahan LOD itu dilakukan menerusi Tetuan Adnan Sharida dan Associates.

Asyraf Wajdi berkata, individu berkenaan adalah Ahli Majlis Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Ismail Salleh dan pemilik akaun media sosial Abied Abdullah iaitu Habin Faisal Mohamed.

"Peguam saya Datuk Adnan Seman telah menyerahkan LOD atau Notis Tuntutan saman gantirugi RM5 Juta kepada mereka yang mengaibkan dan memfitnah saya berkenaan dengan Tabung Haji.

"Ini soal maruah dan prinsip saya yang tercalar dan bukan soal wang yang dituntut," katanya menerusi hantaran Facebook pada Selasa.

Sebelum ini, Ismail dan Abied Abdullah membuat dan menyebarkan hantaran yang didakwa mengaibkan serta memfitnah Asyraf Wajdi berhubung peranan beliau dalam isu Tabung Haji.

Asyraf Wajdi turut menjelaskan bahawa setiap sen yang diperoleh keputusan mahkamah kelak akan disalurkan kepada Yayasan Pelajaran Mara (YPM).

Jelasnya, ia bertujuan membantu anak-anak pelajar yang miskin dan susah.

"Moga ALLAH permudahkan segala usaha untuk melawan fitnah dan menuntut ganti-rugi ini," ulasnya.

Artikel Berkaitan:

Surat tuntutan itu menggesa kedua-dua individu berkenaan mengeluarkan kenyataan menarik balik kesemua pernyataan fitnah, membuat permohonan maaf secara terbuka,memberikan akujanji dan membayar ganti rugi sebanyak RM5 juta.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!