Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander

28 Julai 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A

Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya