Kesihatan mental penjawat awam: PSIMA gesa Akta Psikologi disegerakan

Menurut Shazli (gambar kecil), pihaknya memandang serius laporan bahawa lebih 40,000 penjawat awam dikenal pasti menghadapi masalah kesihatan mental. Foto hiasan
Menurut Shazli (gambar kecil), pihaknya memandang serius laporan bahawa lebih 40,000 penjawat awam dikenal pasti menghadapi masalah kesihatan mental. Foto hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA – Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA) menggesa kerajaan menyegerakan penggubalan Akta Psikologi yang komprehensif susulan lebih 40,000 penjawat awam dikenal pasti berisiko mengalami masalah kesihatan mental.

Presidennya, Profesor Madya Dr Shazli Ezzat Ghazali berkata, akta itu penting bagi memastikan perkhidmatan psikologi di negara ini dikawal selia dengan lebih berkesan menerusi penetapan kelayakan, pendaftaran, skop amalan, standard etika, akauntabiliti serta mekanisme aduan.

"Masyarakat yang sedang berhadapan tekanan emosi mudah terdedah kepada pihak tidak berkelayakan yang menggunakan pseudopsikologi, membuat dakwaan rawatan tanpa bukti atau menawarkan pendekatan yang boleh memburukkan keadaan.

"Perlindungan undang-undang diperlukan bagi memastikan setiap intervensi diberikan oleh individu yang kompeten, bertanggungjawab dan tertakluk kepada standard profesional," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Shazli, pihaknya memandang serius laporan bahawa lebih 40,000 penjawat awam dikenal pasti menghadapi masalah kesihatan mental menerusi Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Perkhidmatan Awam (MyPsyD).

Tegas beliau, angka berkenaan bukan sekadar statistik, tetapi menggambarkan keperluan mendesak untuk menyediakan sistem sokongan psikologi yang tersusun, mudah dicapai, sulit dan berterusan.

"PSIMA menyambut baik langkah Jabatan Perkhidmatan Awam melaksanakan intervensi awal serta memperkukuh persekitaran kerja yang lebih sihat namun, saringan sahaja tidak mencukupi.

"Individu yang dikenal pasti memerlukan bantuan mesti menerima penilaian lanjut, intervensi berasaskan bukti, rujukan kepada profesional yang berkelayakan serta pemantauan susulan," jelas beliau.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz memaklumkan kerajaan mempergiat langkah intervensi selepas lebih 40,000 penjawat awam dikenal pasti mempunyai kecenderungan ke arah tingkah laku negatif termasuk cubaan membunuh diri menerusi kajian MyPsych.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, ketua jabatan telah diarahkan bekerjasama dengan pegawai psikologi bagi memastikan individu yang dikenal pasti berisiko menerima intervensi awal, selain memperkukuh persekitaran kerja menerusi pelaksanaan program kesejahteraan psikologi.

Mengulas lanjut, Shazli berkata, ketua jabatan juga perlu dilatih untuk mengenal pasti perubahan tingkah laku, mengurus tekanan organisasi serta membina budaya kerja yang selamat tanpa stigma atau diskriminasi.

Menurutnya, isu kesihatan mental penjawat awam perlu dilihat dalam konteks beban tugas, kepimpinan, keselamatan psikologi, sokongan sosial dan keseimbangan kerja-kehidupan, bukannya dianggap sebagai kelemahan individu semata-mata.

"Malaysia tidak boleh menunggu sehingga keadaan menjadi lebih serius. Intervensi awal mesti diperkasa, profesion psikologi mesti dikawal selia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!