Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

[Wacana 487] Pisah kuasa Peguam Negara & Pendakwa Raya: Apa rakyat mahu?

16 Jun 2026 | Wacana
A
A
A

Pindaan RUU berkait pemisahan kuasa Peguam Negara dengan Pendakwa Raya memasuki fasa kritikal di mana sesi persidangan Parlimen minggu depan akan menentukan sama ada reformasi institusi yang diharapkan daripadanya akan benar-benar terjelma.

Kebebasan pendakwaan adalah inti kepada pindaan ini seperti yang telah lama diperjuangkan masyarakat sivil. Bolehkah ia dicapai? Saksikan Wacana Rakyat edisi 487 “PISAH KUASA PEGUAM NEGARA & PENDAKWA RAYA: APA RAKYAT MAHU?” pada 16 Jun 2026 (Selasa) jam 8.30 malam secara langsung dari Studio F, Karangkraf Shah Alam atau di platform digital Sinar Harian.