Bangkai ikan lumba-lumba

KANGAR - Sukarelawan Perlis Nature Explore (PNX) memeriksa bangkai seekor ikan lumba-lumba yang ditemui terdampar di pesisir Pantai Kurung Tengar, Kuala Perlis petang semalam.
Bangkai ikan lumba-lumba dengan anggaran berat 120 kilogram (kg) ditemukan oleh orang awam kira-kira 5 petang.
Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesan luka pada badan ikan lumba-lumba itu. Sampel turut diambil bagi tujuan analisis DNA sebelum bangkai itu ditanam mengikut prosedur yang ditetapkan.
Pengarah Perikanan Perlis, Muhammad Nur Ashry berkata, spesies ikan lumba-lumba itu disenaraikan di bawah Jadual Spesies Ikan Yang Terancam 1999 mengikut Akta Perikanan 1985. Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
