Kasut Emas Piala Dunia 2026 sah milik Mbappe

PENYERANG Perancis, Kylian Mbappe dinobatkan pemenang Kasut Emas Piala Dunia 2026 selepas Lionel Messi gagal menambah jaringan pada aksi final di New Jersey, awal pagi Isnin.
Kapten Perancis itu meledak 10 gol sepanjang kejohanan untuk muncul penjaring terbanyak, mengatasi legenda Argentina, Messi yang menamatkan kempen dengan lapan gol.
Pemain tengah England, Jude Bellingham dan penyerang Norway, Erling Haaland masing-masing berada di belakang dengan tujuh gol.
Mbappe, 27, yang beraksi bersama Real Madrid, turut memenangi anugerah sama pada Piala Dunia 2022 di Qatar ketika Perancis muncul naib juara selepas tewas kepada Argentina dalam final.
Pemain Perancis itu yang membuat penampilan pertama di Piala Dunia pada 2018, menjaringkan dua gol dalam aksi penentuan tempat ketiga menentang England yang menyaksikan The Three Lions menang 6-4.
Mbappe kini menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah Piala Dunia dengan 22 gol dalam tiga edisi mengatasi Messi dengan kelebihan satu gol.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

