120 minit tanpa sebarang percubaan tepat

ARGENTINA gagal mempertahankan kejuaraan apabila mempamerkan aksi mengecewakan pada final Piala Dunia 2026, tewas 0-1 kepada Sepanyol selepas beraksi selama 120 minit tanpa menghasilkan sebarang percubaan tepat ke arah gawang lawan.
Skuad La Albiceleste dilihat bergelut sepanjang perlawanan apabila gagal mencipta ancaman serius terhadap benteng Sepanyol.
Lebih mengecewakan, Argentina yang dibarisi pemain berpengalaman termasuk Lionel Messi gagal memanfaatkan peluang untuk menguji penjaga gol Sepanyol, sebaliknya lebih banyak bertahan ketika berdepan tekanan La Roja.
Situasi menjadi semakin sukar apabila Argentina terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Enzo Fernández menerima kad kuning kedua dan dilayangkan kad merah pada minit ke-90+3.
Walaupun penjaga gol Emiliano Martínez beberapa kali menyelamatkan percubaan berbahaya Sepanyol, benteng Argentina akhirnya runtuh apabila pemain gantian Ferran Torres meledak gol kemenangan pada minit ke-106.
Kekalahan itu menyaksikan impian Argentina untuk mempertahankan kejuaraan dunia berkecai, malah prestasi hambar sepanjang 120 minit menjadi titik hitam dalam usaha mereka mengekalkan dominasi di pentas antarabangsa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
