Lima maut, 14 hilang ketika cuba seberang sempadan gurun ke Iran

Mangsa merupakan sebahagian daripada sekumpulan 19 individu yang dilaporkan melalui kawasan gurun terpencil merentasi wilayah Helmand dan Nimroz dalam usaha memasuki Iran. Foto AFP
Mangsa merupakan sebahagian daripada sekumpulan 19 individu yang dilaporkan melalui kawasan gurun terpencil merentasi wilayah Helmand dan Nimroz dalam usaha memasuki Iran. Foto AFP
A
A
A

KABUL - Pasukan keselamatan Afghanistan menemukan mayat lima warga Afghanistan yang cuba menyeberang secara haram ke negara jiran Iran melalui kawasan gurun di wilayah Nimroz, barat negara itu, manakala 14 lagi masih hilang, menurut penyiar tempatan TOLOnews pada Ahad, lapor Xinhua.

Mangsa merupakan sebahagian daripada sekumpulan 19 individu yang dilaporkan melalui kawasan gurun terpencil merentasi wilayah Helmand dan Nimroz dalam usaha memasuki Iran.

Menurut laporan itu, kumpulan berkenaan dipercayai tersesat di kawasan gurun yang mencabar, dengan cuaca panas ekstrem serta dehidrasi disyaki menjadi punca kematian.

Pasukan keselamatan telah melancarkan operasi pencarian bagi mengesan 14 individu yang masih hilang, manakala usaha menyelamat masih diteruskan. - Bernama-Xinhua

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!