Tangki air hotel tiba-tiba jatuh hempap dua kereta

Tular di media sosial menerusi beberapa tangkap layar video yang memaparkan dua kenderaan rosak pada bahagian bumbung dipercayai akibat dihempap tangki air.
Tular di media sosial menerusi beberapa tangkap layar video yang memaparkan dua kenderaan rosak pada bahagian bumbung dipercayai akibat dihempap tangki air.
A
A
A

AMPANG JAYA - Suasana gempar apabila sebuah tangki simpanan air di bahagian bumbung sebuah hotel berhampiran Ampang Point di Jalan Memanda 5 di sini terjatuh sebelum menghempap dua buah kenderaan di kawasan parkir awam dalam kejadian pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

Menurutnya, siasatan awal mendapati tangki penyimpanan air berkenaan disyaki terjatuh dari bahagian atas bangunan hotel sebelum menghempap dua motokar yang diparkir di hadapan New Wave Hotel Ampang Point.

 Kejadian itu tular di media sosial menerusi beberapa tangkap layar video yang memaparkan dua kenderaan rosak pada bahagian bumbung dipercayai akibat dihempap tangki air.
Kejadian itu tular di media sosial menerusi beberapa tangkap layar video yang memaparkan dua kenderaan rosak pada bahagian bumbung dipercayai akibat dihempap tangki air.

"Kedua-dua pemilik kenderaan telah tampil membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

"Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku semasa kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial menerusi beberapa tangkap layar video yang memaparkan dua kenderaan rosak pada bahagian bumbung dipercayai akibat dihempap tangki air.

Mengulas lanjut, Khairul Anuar berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai Report of Accident (ROA) bagi tujuan tuntutan insurans.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!