Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri

MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa 9 negeri. - Foto hiasan
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa 9 negeri. - Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di sembilan negeri sehingga 1 pagi ini. 

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan seluruh negeri Melaka, Kedah (Baling), Perak (Hulu Perak) serta Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).

Negeri lain yang turut terkesan ialah Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang) dan Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Bentong).

Turut dijangka mengalami keadaan cuaca sama adalah beberapa kawasan di Johor, iaitu Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.

Sementara itu, kawasan yang terlibat di Sabah ialah Sandakan (Telupid dan Kinabatangan) manakala di Sarawak melibatkan kawasan Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!