Hujan lebat, ribut petir di sembilan negeri

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda sembilan negeri.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda sembilan negeri.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda sembilan negeri hingga 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, negeri terlibat ialah Johor, Perak melibatkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Mualim serta Kelantan (Jeli).

Cuaca itu turut diramal di Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Kemaman, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub), Selangor (Hulu Selangor) serta Negeri Sembilan (Seremban, Kuala Pilah dan Rembau).

Di Sarawak, ramalan itu melibatkan kawasan Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis dan Beluru) dan Limbang (Lawas).

Sementara itu, di Sabah membabitkan kawasan Pedalaman (Sipitang dan Tambunan) dan Pantai Barat.- Bernama 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!