Bella dan suami sanitasi surau, masjid secara percuma

PELAKON Bella Dally bersama suaminya secara sukarela berbakti kepada masyarakat dengan menjalankan projek sanitasi secara percuma di kawasan surau dan masjid sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Kiriman melalui Instagram Bella turut memaparkan foto kerja-kerja sanitasi sedang dijalankan.
Bella berkata, dia amat berbesar hati sekiranya sesiapa sahaja ingin membantu mereka menjadi sukarelawan untuk aktiviti kebajikan ini.
“Sesiapa yang nak jadi sukarelawan pun dialu-alukan. Hanya perlu DM saya maklumat anda,” tulisnya.
Jelas Bella, kesemua kos termasuk alatan dan bahan-bahan pembersihan akan ditanggung olehnya dan suaminya.
“Kalau korang (anda) tahu mana-mana AJK masjid atau surau, tolong sampaikan mesej ini kepada mereka dan minta mereka DM kepada saya nombor telefon mereka.
“Suami saya akan hubungi mereka secara peribadi,” jelasnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -'Pasrah jika hidup berakhir di jeriji besi' - Kim Seri
18 Disember 2024 12:59pmSanggup jual kereta demi kayuhan solo ke Makkah
11 Disember 2024 07:50amBob Janggut tangkap ular senduk kurang dua minit
11 Disember 2024 07:40amStaf kafe rai warga emas sambut ulang tahun sendirian
05 Disember 2024 10:29amRCI Tabung Haji: Bekas menteri pula ditahan
01 September 2026 07:21pmNahas 11 kenderaan: Polis sahkan empat maut termasuk suami, isteri dan anak lelaki 4 tahun
01 September 2026 01:22pmBudak 3 tahun maut di Jambatan Victoria
01 September 2026 03:38pm[VIDEO] Nahas 11 kenderaan: Gambar sambutan merdeka jadi kenangan terakhir tiga beranak
01 September 2026 03:12pm'Takdir ALLAH itu cantik, dah susun perjalanan kita' - Status WhatsApp terakhir Mohamad Sohaizi
01 September 2026 06:56pm- Iklan -- Iklan -
