Hobi tidak mengenal usia, RC Crawler satukan peminat

CHUKAI - Peminat kereta mini pacuan empat roda (4x4) kawalan jauh (RC) jenis ‘Crawler’ kini mempunyai lokasi khas untuk menguji kemahiran mengendalikan alat permainan itu menerusi simulasi pemanduan di trek ‘off-road’ berhalangan lasak di trek Bukit Mentok, di sini.
Pengerusi Kelab RC Crawler Kemaman (RCK) Zulkarnain Ismail, 45, berkata trek sepanjang 1.5 kilometer itu, yang juga antara terpanjang di Semenanjung Malaysia direka khas bagi memberikan pengalaman pemanduan yang realistik dan cabaran kepada peserta.
“Aspek keselamatan pengendali RC Crawler turut diberi keutamaan dengan menyediakan kemudahan tali keselamatan, tangga serta lampu di sepanjang trek bagi memastikan aktiviti itu dapat dijalankan dengan selamat pada waktu malam," katanya ketika ditemui di Bukit Mentok di sini hari ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
