'Tak patut pindah ADUN DAP ke blok pembangkang ketika sidang berbaki sehari' - Adly
15 Julai 2026 | VIDEO
A
A
A
Tindakan memindahkan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP ke blok pembangkang ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang hanya berbaki sehari tidak sepatutnya dilakukan, lapor wartawan Sinar Harian Norafiza Jaafar.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari berkata, perpindahan susunan tempat duduk itu sepatutnya ditangguhkan bagi menghormati pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memohon DAP Melaka menangguhkan keputusan untuk keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangDUN #Melaka #pertukarantempatdudukadunDAP #AdlyZahari
