Sofia Rini Buyong didakwa fitnah Farhash curi wang, hantar ke Turkiye dan Afrika

Sofia Rini yang memakai jubah berwarna hitam, dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu, bagi proses ikat jamin. Foto Sinar Harian.
Sofia Rini yang memakai jubah berwarna hitam, dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu, bagi proses ikat jamin. Foto Sinar Harian.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan yang muflis, Sofia Rini Buyong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas satu pertuduhan memfitnah seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Sofia Rini, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurul Izzah Hasan Basri.

Mengikut pertuduhan, Sofia Rini didakwa menfitnah Farhash yang juga bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri itu dengan menuturkan “ahli perniagaan itu kini seorang warganegara Turkiye telah mencuri wang dan menghantarnya ke luar Negara seperti Turkiye dan Afrika”.

Kenyataan itu didakwa dibuat menerusi rakaman video di ibu negara dengan mempercayai tomahan tersebut boleh merosakkan nama baik mangsa, pada jam 6.30 petang 26 April lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Nordin Ismail bersama Mohamad Fadhly Mohd Zamry sementara tertuduh diwakili peguam, Shugan Raman.

Semasa prosiding, Mohamad Fadhly mencadangkan wanita itu diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Artikel Berkaitan:

“Jumlah jaminan yang dicadangkan itu munasabah berdasarkan pertuduhan, kerana jumlah jaminan terlalu rendah akan mengundang risiko tertuduh melarikan diri,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Sofia Rini didakwa menfitnah Farhash yang juga bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri itu dengan menuturkan “ahli perniagaan itu kini seorang warganegara Turkiye telah mencuri wang dan menghantarnya ke luar Negara seperti Turkiye dan Afrika”.
Mengikut pertuduhan, Sofia Rini didakwa menfitnah Farhash yang juga bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri itu dengan menuturkan “ahli perniagaan itu kini seorang warganegara Turkiye telah mencuri wang dan menghantarnya ke luar Negara seperti Turkiye dan Afrika”.

Bagaimanapun, Shugan mohon kadar itu dikurangkan kerana anak guam mempunyai penyakit darah tinggi dan diabetis.

Shugan berkata, ibu tunggal kepada seorang anak itu tinggal bersama ibunya sejak kematian suami tahun lalu.

“Dia juga telah bankrap dan kini tidak mempunyai pekerjaan tetap selain berada di bawah jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebanyak RM10,000.

“Jumlah jaminan yang dicadangkan pihak pendakwaan berada di luar kemampuan kewangannya," kata peguam tersebut.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Nurul Izzah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 28 Ogos depan.

Untuk rekod, Sofia Rini sebelum ini pernah disiasat polis berhubung beberapa rakaman video tular berkaitan seorang lagi ahli perniagaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!