Kepercayaan pelanggan aset terbesar Newtee

Newtee sentiasa menambah baik teknologi, sistem operasi dan pasukan bagi memenuhi keperluan pasaran. Gambar kanan: Victor Lim
Newtee sentiasa menambah baik teknologi, sistem operasi dan pasukan bagi memenuhi keperluan pasaran. Gambar kanan: Victor Lim
A
A
A

DEMI bertahan dalam industri pakaian yang kompetitif, sesebuah jenama tidak boleh bergantung kepada harga semata-mata.

Sebaliknya, ia perlu mengekalkan konsistensi dari segi kualiti, kecekapan operasi dan kepercayaan pelanggan.

Itulah prinsip yang menjadi pegangan Newtee Sdn Bhd, sebuah syarikat tempatan yang bermula dengan fokus menghasilkan pakaian dan uniform berkualiti tinggi pada harga yang kompetitif, sebelum berkembang menjadi penyedia solusi lengkap bagi pakaian korporat, sukan dan promosi.

Ketua Pegawai Eksekutif Newtee Group, Victor Lim berkata, kekuatan utama syarikat itu terletak pada kepercayaan pelanggan yang dibina secara berperingkat melalui kualiti produk, ketepatan masa penghantaran dan perkhidmatan pelanggan yang konsisten.

Jersi sublimation merupakan produk paling popular kerana sesuai untuk pakaian sukan, tahan lama, warna lebih terang dan selesa dipakai
Jersi sublimation merupakan produk paling popular kerana sesuai untuk pakaian sukan, tahan lama, warna lebih terang dan selesa dipakai

“Sepanjang lebih 10 tahun beroperasi, kami sentiasa menambah baik teknologi, sistem operasi dan keupayaan pasukan bagi memenuhi keperluan pasaran yang sentiasa berkembang,” katanya kepada Sinar Bisnes.

Menurut Victor, titik perubahan penting bagi Newtee berlaku apabila syarikat mula melabur dalam teknologi percetakan moden serta memperkenalkan konsep penghantaran yang lebih pantas.

“Selain itu, kami turut memberi fokus kepada pembangunan jenama Newtee sebagai penyedia solusi lengkap untuk pakaian korporat, sukan dan promosi, bukan sekadar sebuah syarikat percetakan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Perubahan strategi tersebut membolehkan Newtee memperluaskan pasaran kepada pelbagai segmen pelanggan, termasuk syarikat korporat, sekolah, kelab sukan, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan usahawan individu.

Newtee bermula dengan fokus menghasilkan pakaian dan uniform berkualiti tinggi pada harga kompetitif lalu berkembang menjadi pembekal solusi lengkap untuk pakaian korporat, sukan dan promosi
Newtee bermula dengan fokus menghasilkan pakaian dan uniform berkualiti tinggi pada harga kompetitif lalu berkembang menjadi pembekal solusi lengkap untuk pakaian korporat, sukan dan promosi

Victor berkata, jersi sublimastion merupakan produk paling popular syarikat kerana tahan lama, mempunyai warna yang lebih terang, selesa dipakai dan sesuai untuk kegunaan sukan. Produk itu sentiasa mendapat permintaan tinggi daripada pasukan sukan, sekolah dan syarikat.

“Kami menggunakan bahan mentah berkualiti, mesin moden serta melaksanakan proses kawalan kualiti yang ketat. Pada masa sama, kami sentiasa melatih pasukan bagi memastikan setiap tempahan memenuhi standard yang ditetapkan sebelum dihantar kepada pelanggan,” katanya.

Dalam mendepani peningkatan kos bahan mentah dan operasi, Newtee mengekalkan margin keuntungan melalui kecekapan operasi, penggunaan automasi serta strategi perolehan bahan yang lebih tersusun.

Menurut beliau, pendekatan tersebut membantu mengurangkan pembaziran tanpa menjejaskan kualiti produk akhir.

“Keuntungan datang daripada produktiviti yang tinggi, sistem kerja yang cekap dan pelanggan yang membuat tempahan berulang,” jelasnya.

Selain itu, penggunaan teknologi dan automasi turut mempercepatkan proses kerja, mengurangkan kesilapan serta meningkatkan kapasiti pengeluaran. Faktor-faktor ini menjadi antara elemen penting dalam mengekalkan daya saing syarikat dalam industri apparel yang sentiasa berubah.

Tambah Victor, Newtee turut menggunakan bahan kitar semula yang mendapat pensijilan Global Recycled Standard (GRS) meskipun kosnya lebih tinggi berbanding bahan biasa.

“Bahan GRS memberikan nilai tambah kerana semakin ramai pelanggan menghargai produk mesra alam, khususnya syarikat korporat dan organisasi yang mempunyai komitmen terhadap agenda kelestarian,” katanya.

Dari segi prestasi, syarikat itu merekodkan pertumbuhan positif dari tahun ke tahun hasil peluasan rangkaian produk, peningkatan kapasiti pengeluaran dan pertambahan pelanggan baharu, meskipun berdepan cabaran ekonomi semasa.

Melangkah ke hadapan, Newtee merancang untuk mengembangkan lagi rangkaian perniagaan, meningkatkan tahap automasi serta memperkenalkan lebih banyak produk inovatif bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama apparel tempatan yang berdaya saing.

Pada masa yang sama, syarikat itu berharap industri apparel Malaysia akan terus berkembang menjadi lebih inovatif, mampan dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Dalam perkembangan berkaitan, Newtee berpandangan penglibatannya sebagai rakan strategik program Riuh Bola Sinar 2026 sebagai satu peluang penting untuk memperkukuh penjenamaan syarikat di peringkat nasional.

“Kerjasama ini memberi peluang kepada kami untuk memperkenalkan jenama Newtee kepada lebih ramai rakyat Malaysia, sekali gus membuktikan kemampuan kami sebagai pembekal apparel sukan yang berkualiti.

“Kami berbangga menjadi rakan strategik dan penaja program ini. Kami juga berharap lebih banyak kerjasama strategik seperti ini dapat diwujudkan pada masa hadapan bagi menyokong pembangunan industri sukan dan memperkasakan usahawan tempatan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!