ADUN DAP Melaka pindah blok pembangkang, kedudukan Adly kekal blok kerajaan

Kedudukan semasa susunan kerusi ADUN di Persidangan DUN pada Rabu.
Kedudukan semasa susunan kerusi ADUN di Persidangan DUN pada Rabu.
A
A
A

MELAKA – Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP mengambil tempat di blok pembangkang pada hari ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas mengumumkan keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri pada Selasa lalu.

Mereka terdiri daripada ADUN Kesidang, Allex Seah Shoo Chin; ADUN Ayer Keroh, Kerk Chee Yee; ADUN Kota Laksamana, Low Chee Leong; dan ADUN Banda Hilir, Leng Chau Yen.

Kedudukan semasa susunan kerusi ADUN di Persidangan DUN pada Rabu.
Kedudukan semasa susunan kerusi ADUN di Persidangan DUN pada Rabu.

Sementara itu, kedudukan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka yang juga ADUN Bukit Katil, Adly Zahari daripada Parti Amanah Negara (Amanah) masih dilihat kekal mengambil tempat di blok kerajaan.

Adly kekal di blok kerajaan.
Adly kekal di blok kerajaan.

Perkembangan itu menyaksikan jumlah ADUN di blok pembangkang meningkat kepada enam orang berbanding hanya dua sebelum ini.

Blok pembangkang kini dianggotai Ketua Pembangkang, Dr Mohd Yadzil Yaakub (Bemban), yang kini berstatus Bebas; ADUN Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusoh daripada Perikatan Nasional (PN); serta empat ADUN DAP berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Pada Selasa, Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong, mengumumkan parti itu keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri berkuat kuasa serta-merta selepas DUN Melaka meluluskan usul berkaitan ADUN lantikan.

Menurutnya, keputusan itu selaras dengan pendirian parti yang menolak rang undang-undang berkenaan kerana didakwa bercanggah dengan prinsip demokrasi dan pilihan raya.

Kesemua ADUN DAP itu kini ditempatkan bersama ADUN Perikatan Nasional dan Bebas selepas mereka mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) semalam. Gambar fail
Kesemua ADUN DAP itu kini ditempatkan bersama ADUN Perikatan Nasional dan Bebas selepas mereka mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) semalam. Gambar fail

Beliau berkata, semua wakil rakyat DAP yang memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri turut melepaskan jawatan masing-masing, termasuk Exco Negeri, Allex Seah; Timbalan Exco, Low Chee Leong dan Leng Chau Yen; serta Timbalan Speaker DUN, Kerk Chee Yee.

Sebelum ini, DAP membantah pindaan Perlembagaan Negeri tersebut kerana disifatkan bercanggah dengan prinsip demokrasi serta tidak menghormati mandat dan pilihan yang telah dibuat oleh rakyat Melaka menerusi pilihan raya.

Keputusan itu turut mendapat maklum balas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memohon DAP Melaka menangguhkan keputusan untuk keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri bagi memberi tumpuan kepada pembangunan dan kebajikan rakyat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!