Parti Wawasan Negara sah sertai PN

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) memaklumkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah meluluskan permohonan pertukaran nama Parti Cinta Malaysia (PCM) kepada Parti Wawasan Negara pada 6 Julai lalu.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, susulan kelulusan itu, Parti Wawasan Negara secara sah menjadi parti anggota PN menggunakan nama baharu berkuat kuasa pada tarikh sama.
Beliau berkata, pengiktirafan itu dibuat selaras dengan Fasal 6.5 Perlembagaan Perikatan Nasional.
“Perikatan Nasional menerima pemakluman bahawa ROS telah meluluskan permohonan pertukaran nama Parti Cinta Malaysia kepada Parti Wawasan Negara pada 6 Julai 2026.
“Sehubungan itu, Parti Wawasan Negara secara sah menjadi parti anggota Perikatan Nasional atas nama baharu berkuat kuasa pada tarikh tersebut berdasarkan peruntukan Fasal 6.5 Perlembagaan PN,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!


