Pelakon 'Jurassic Park' Sam Neill meninggal dunia pada usia 78 tahun

Pelakon 'Jurassic Park' Sam Neill meninggal dunia pada Isnin pada usia 78 tahun.
Pelakon 'Jurassic Park' Sam Neill meninggal dunia pada Isnin pada usia 78 tahun.
A
A
A

PELAKON 'Jurassic Park' Sam Neill meninggal dunia pada Isnin pada usia 78 tahun, menurut keluarganya dalam satu kenyataan, lapor PA Media/dpa.

Dalam kenyataan yang dikongsikan menerusi akaun Instagram Neill, keluarganya memaklumkan bahawa beliau meninggal dunia di Sydney.

"Sam dikelilingi ahli keluarga ketika menghembuskan nafas terakhirnya. Kehilangannya berlaku secara tiba-tiba dan tidak dijangka, namun kami bersyukur kerana Sam kekal bebas daripada kanser.

"Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kakitangan St Vincent’s Private Hospital atas penjagaan luar biasa yang diberikan.

"Maklumat lanjut akan dikongsikan kemudian, namun buat masa ini, bagi pihak keluarga, kami meminta agar privasi mereka dihormati ketika berdepan kehilangan ini,” menurut kenyataan itu.

Neill disahkan menghidap limfoma sel-T "angioimunoblastik” tahap tiga, sejenis limfoma bukan Hodgkin yang jarang berlaku, pada 2022 sehingga menyebabkan beliau berehat seketika daripada bidang lakonan.

Beliau kemudiannya mengumumkan bebas daripada kanser pada awal tahun ini. - Bernama/dpa

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!