Inkues Zara Qairina: Seorang lagi pakar psikologi beri keterangan

Dr Noor Aishah (kiri) hadir ke Mahkamah Koroner Kota Kinabalu bagi memberi keterangan dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir pada Isnin.
Dr Noor Aishah (kiri) hadir ke Mahkamah Koroner Kota Kinabalu bagi memberi keterangan dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir pada Isnin.
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang lagi pakar psikologi akan memberi keterangan dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner di sini, yang bersambung pada Isnin.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak, Dr Noor Aishah Rosli, dijangka akan mengemukakan laporan beliau setebal 411 muka surat sepanjang inkues ini.

Beliau yang merupakan saksi ke-76 dijangka akan memberikan keterangan yang akan didengar oleh Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Inkues kini memasuki hari ke-79 prosiding dan setakat ini telah mendengar keterangan daripada 75 saksi, termasuk kanak-kanak.

Sebelum ini, Peguam Shahlan Jufri berkata, pihaknya menjangkakan keterangan Dr Noor Aishah akan mengambil masa memandangkan laporan yang disediakan beliau melebihi 400 muka surat.

Sehubungan itu, katanya, prosiding sepanjang minggu ini dijangka dikhaskan bagi mendengar keterangan Dr Noor Aishah sebelum beralih kepada saksi seterusnya iaitu Pakar Psikiatri, Dr Simon Wong.

Shahlan bersama rakan sepasukannya, Datuk Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James hadir sebagai pihak berkepentingan yang mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat.

Sementara itu, pasukan pegawai pengendali terdiri daripada Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah bersama Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S Sawayan dan Dacia Jane Romanus dan Hakim Koroner ialah Amir Shah Amir Hassan.

Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai tahun lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!