Puting beliung badai kawasan sawah di Sekinchan

Tangkap layar video kejadian puting beliung dipercayai membadai di kawasan sawah di Jalan Tali Air 4, Sekinchan yang tular di media sosial.
Tangkap layar video kejadian puting beliung dipercayai membadai di kawasan sawah di Jalan Tali Air 4, Sekinchan yang tular di media sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Satu puting beliung dipercayai membadai di kawasan sawah di Jalan Tali Air 4, Sekinchan, pagi tadi.

Exco Pelancongan dan Kerajaan Tempatan Selangor Datuk Ng Sue Lim berkata, berdasarkan maklumat awal kejadian berlaku antara tiga hingga empat minit, namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan.

"Kejadian berlaku pada 11.40 pagi di tengah-tengah sawah padi dan berdekatan Terminal Sekinchan.

"Kita bersyukur kerana tiada kerosakan berlaku,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan semasa dihubungi hari ini.

Terdahulu, satu video berdurasi 57 saat yang memaparkan kejadian puting beliung di tengah sawah padi yang dipercayai dirakam oleh penduduk di sekitar Jalan Tali Air 4 tular di media sosial. - Bernama 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!