X

Kindly register in order to view this article
!

Pertubuhan Wanita Ikram NS sumbang 1,000 set PPE

Dr Mohammad Faid melihat baju yang disumbangkan.
A
A

SEREMBAN - Pertubuhan Wanita Ikram Negeri Sembilan hari ini memberi sumbangan sebanyak 1,000 set peralatan perlindungan diri (PPE) kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan yang bertugas merawat pesakit yang dijangkiti koronavirus (Covid-19).

Ketua Wanitanya, Rosemawati Ali berkata, melalui projek tersebut, set yang disumbangkan terdiri daripada tudung, baju dan pelindung kasut yang dilakukan secara tiga peringkat.

"Kita sedia maklum, kakitangan hospital khususnya petugas barisan hadapan yang merawat pesakit Covid-19 berdepan dengan kekurangan PPE.

"Kita sedaya upaya membantu menyediakan kemudahan ini bagi membantu mereka agar dapat menguruskan wabak Covid-19 ini dengan lebih selesa dan selamat.

Katanya, pihaknya memperuntukkan lebih RM8,000 dalam menyediakan material untuk menjahit baju-baju ini dan Alhamdulillah kita mempunyai 70 tukang jahit dari seluruh negeri ini yang melakukan kerja secara sukarela tanpa sebarang upah," katanya kepada Sinar Harian selepas penyerahan set PPE kepada Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Mohammad Faid Abd Rashiddi di perkarangan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan di sini hari ini.

Tambahnya, walaupun projek itu berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang dua minggu, namun bantuan untuk menjahit set PPE ini akan dilakukan secara berterusan.

Katanya, terdapat tukang jahit yang mahu melakukan kerja amal ini dengan membantu pihak hospital menjahit baju PPE secara percuma dan pihaknya akan membantu menguruskannya.

Dalam pada itu, Dr Mohammad Faid mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang banyak membantu Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

Katanya, walau pun kemudahan seperti PPE ada disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM), namun bantuan sokongan daripada pihak luar dialu-alukan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!