Tetak penunggang motosikal gara-gara hon, pembuli jalanan dijel 10 tahunHanya kerana dibunyikan hon, tindakan ganas seorang pembuli jalanan menetak penunggang motosikal dengan pisau potong daging di Lebuhraya Persekutuan, bulan lalu, mengundang padah apabila dia dihukum penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.Jurujual, Azmi Jantan, 43, dikenakan hukuman berkenaan bermula tarikh tangkap, 11 Jun lalu, selepas mengekalkan pengakuan bersalah di hadapan Hakim, ‘Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786889/berita/semasa/tetak-penunggang-motosikal-gara-gara-hon-pembuli-jalanan-dijel-10-tahunMuzik: Elevate dari www.bensound.comCopyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Penjara #PembuliJalanan