Denda tulis 500 kali 'Saya minta maaf'

Pelancong asing didenda 500 kali tulis 'saya minta maaf'.
Pelancong asing didenda 500 kali tulis 'saya minta maaf'.
A
A
A

NEW DELHI - Seramai 10 rakyat asing yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 di sebuah bandar di India dipaksa memohon maaf dengan menulis kata-kata memohon maaf sebanyak 500 kali.

Lapor Daily Mail, sekatan pergerakan seluruh negara itu berkuat kuasa pada hujung Mac lalu dan penduduk hanya dibenarkan keluar rumah jika ada kecemasan.

Rakyat asing itu termasuk dari Israel, Mexico, Australia serta Austria dan mereka ditangkap ketika sedang bersiar-siar di bandar Rishikesh yang terkenal kerana pernah dikunjungi kumpulan Beatles pada 1968.

Pegawai polis tempatan Vinod Sharma memberitahu, mereka masing-masing diarahkan menulis 'saya tidak mematuhi peraturan kawalan pergerakan, oleh itu saya minta maaf sangat' sebanyak 500 kali.

Katanya, lebih daripada 700 pelancong asing dari Amerika Syarikat, Australia, Mexico dan Israel yang menetap di kawasan itu melanggar peraturan PKP.

Walaupun hukuman itu dikatakan pelik tapi ia bertujuan memberi pengajaran kepada mereka.

Artikel Berkaitan: