Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando, Ulu Kinta dirasmi

Anggota 69 Komando melakukan demonstrasi gempur sempena perasmian Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta, hari ini. Foto: Bernama
Anggota 69 Komando melakukan demonstrasi gempur sempena perasmian Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta, hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan Perasmian Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando, Ulu Kinta di sini pada Selasa.

Acara perasmian dimulai dengan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama sebelum diikuti bacaan ayat suci al-Quran dan doa.

Majlis diteruskan dengan Sembah Ucapan oleh Saifuddin Nasution. Sultan Nazrin kemudian menyempurnakan lafaz perasmian serta gimik sebelum menandatangani plak.

Baginda turut berkenan berangkat melawat pameran seterusnya bersama hadirin ke sesi bergambar.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!