Selat Hormuz: Iran beri layanan istimewa kepada negara 'sahabat'

Perjanjian awal AS-Iran membenarkan penghantaran komersial percuma melalui selat itu selama 60 hari, tetapi masih belum jelas apa yang akan menggantikannya selepas tempoh itu. Foto: AFP
Perjanjian awal AS-Iran membenarkan penghantaran komersial percuma melalui selat itu selama 60 hari, tetapi masih belum jelas apa yang akan menggantikannya selepas tempoh itu. Foto: AFP
A
A
A

BEIJING - Duta Iran ke China memaklumkan negaranya bakal mengenakan caj baharu ke atas kapal yang melalui Selat Hormuz.

Abdolreza Rahmani Fazli bagaimanapun berkata, pihaknya memberi jaminan negara-negara yang dianggap 'sahabat' dengan Iran akan menerima layanan istimewa.

Cadangan itu sebelum ini ditolak oleh Amerika Syarikat (AS).

Perjanjian awal antara Iran dan AS bagi menamatkan peperangan menetapkan kapal perdagangan boleh melalui Selat Hormuz tanpa dikenakan sebarang caj selama 60 hari, namun masih belum jelas mekanisme yang bakal dilaksanakan selepas tempoh itu berakhir.

Ketika ditemui pada Forum Keamanan Dunia di Beijing, Abdolreza memberitahu, Iran sedang bekerjasama rapat dengan Oman untuk merangka aturan baharu bagi laluan perkapalan strategik itu.

Tambah beliau, aturan baharu itu membabitkan jaminan keselamatan pelayaran di Selat Hormuz dan penyeliaan terhadap pergerakan kapal, selain memastikan langkah menangani kesan alam sekitar akibat jumlah kapal yang banyak.

"Kami pasti memberikan layanan istimewa kepada negara-negara yang bersahabat dengan kami dan berdiri bersama kami ketika melalui saat-saat sukar," katanya.

Selat Hormuz lazimnya mengendalikan kira-kira satu per lima daripada penghantaran minyak mentah dan gas asli cecair dunia.

Bagaimanapun, laluan itu hampir ditutup sepenuhnya oleh Iran sepanjang konflik di Asia Barat, sekali gus menyebabkan harga tenaga global melonjak.

Artikel Berkaitan:

Iran menarik balik sekatan ke atas Selat Hormuz selepas mencapai perjanjian awal dengan AS bagi menamatkan konflik di Asia Barat, manakala rundingan ke arah penyelesaian damai secara kekal masih diteruskan. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!