X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Penagih ditahan ingkar PKP

Beg sandang dan dadah yang dirampas daripada suspek.
A
A

JELEBU - Seorang penagih dadah ditahan polis ketika sekatan jalan raya di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek berusia 23 tahun itu pada awalnya ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila memberi alasan tidak munasabah kepada polis.

“Suspek menunggang motosikal jenis Modenas Dinamik 120 memberitahu dari Melaka mahu ke rumah saudaranya di Kampung Chennah, dekat Jelebu.

“Polis yang meragui suspek telah membuat pemeriksaan pada beg silang yang dipakainya dan telah menemui satu paket plastik lut sinar dipercayai mengandungi dadah jenis syabu seberat 2.73 gram,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, ujian air kencing ke atas suspek juga didapati positif dadah jenis metahamphetamine dan AMP, namun suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau berkaitan dadah.

Beliau berkata, hasil soal siasat, suspek memberitahu memperoleh bekalan dadah itu di Lenggeng, Nilai.

“Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit(Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!