Pengedar dadah kantoi di sekatan jalan raya

Polis merampas dadah seberat 41.70 gram susulan penahanan seorang lelaki semasa sekatan jalan raya di Jalan Sungai Udang, Kampung Delek, Klang semalam. Gambar kecil: Shamsul Amar
Polis merampas dadah seberat 41.70 gram susulan penahanan seorang lelaki semasa sekatan jalan raya di Jalan Sungai Udang, Kampung Delek, Klang semalam. Gambar kecil: Shamsul Amar
A
A
A

KLANG - Helah seorang penganggur yang menyorokkan 30 paket dadah di dalam poket seluarnya ketika melalui sekatan jalan raya semalam terbongkar selepas ditahan anggota polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, lelaki berusia 48 tahun itu ditahan kira-kira jam 3.30 petang ketika melalui sekatan Op Covid-19, di Jalan Sungai Udang, Kampung Delek.

"Pemeriksaan ke atas suspek dadah disyaki heroin seberat 41.70 gram dianggarkan bernilai RM1,500.

Suspek dipercayai aktif dalam kegiatan itu sejak awal tahun ini," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan juga mendapati suspek memiliki tiga rekod lampau berkaitan dadah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan lain, bagi tempoh empat hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Khamis lalu, seramai 108 individu dikompaun RM1,000 kerana mengingkari perintah terbabit.

"Polis Klang Selatan telah melaksanakan sembilan sekatan jalan raya membabitkan lima lokasi statik dan empat lagi secara bergerak.

Artikel Berkaitan:

"Lokasi berkenaan ialah susur keluar Majlis Perbandaran Klang (MPK), susur keluar Jalan Kebun, Jalan Langat, Jalan Dato Sidin, Jalan Sungai Udang Kampung Delek, Sentosa, Bukit Tinggi, Pandamaran dan Pelabuhan Klang," katanya.