Lori balak terbalik, muatan bertaburan halang laluan di LPT1

Laluan di Kilometer 136.2 LPT1 arah barat ditutup kira-kira satu jam ekoran kemalangan melibatkan lori balak terbalik menyebabkan muatan kayu balak dibawa jatuh dan menghalang laluan itu pada petang Isnin. Foto Polis Maran

A
A
A

MARAN - Laluan di Kilometer 136.2 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah barat ditutup kira-kira satu jam ekoran kemalangan melibatkan lori balak terbalik menyebabkan muatan kayu balak dibawa jatuh dan menghalang laluan itu pada petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, laluan tersebut dibuka semula kepada semua pengguna selepas kerja pembersihan lokasi kemalangan itu selesai dijalankan pihak konsesi lebuh raya terbabit.

Kayu balak jatuh halang laluan hingga terpaksa ditutup sementara. Foto Polis Maran
Kayu balak jatuh halang laluan hingga terpaksa ditutup sementara. Foto Polis Maran

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, kemalangan kira-kira jam 5.10 petang itu dilaporkan berlaku ketika lori jenis Mercedes terbabit dalam perjalanan dari arah Lanchang menghala ke Jengka.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandunya dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas melanggar besi pembahagi jalan sebelum terbalik.

"Akibat kejadian itu, muatan kayu balak yang dibawa terjatuh menyebabkan laluan menghala ke Kuala Lumpur terhalang," katanya.

Jentera digunakan bagi membersihkan lokasi kemalangan. Foto Polis Maran
Jentera digunakan bagi membersihkan lokasi kemalangan. Foto Polis Maran

Artikel Berkaitan:

Kim Wai berkata, pemandu lori yang hanya mengalami cedera ringan dibawa ke Hospital Jengka untuk menerima rawatan.

"Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

"Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan," katanya.

Keadaan lori balak yang terbalik menyebabkan muatan balak dibawa jatuh halang laluan. Foto Polis Maran
Keadaan lori balak yang terbalik menyebabkan muatan balak dibawa jatuh halang laluan. Foto Polis Maran

Justeru beliau memohon kerjasama orang ramai atau saksi yang melihat kejadian untuk tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat di talian 011-62262479 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!