'Mood' rakyat inginkan Pas – Tuan Ibrahim

PASIR MAS - Mood rakyat inginkan Pas bukan sahaja dilihat di Johor, malah turut menunjukkan kecenderungan di peringkat nasional, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata, hasil kajian lapangan, analisis pengundi serta pemerhatian terhadap sentimen semasa mendapati terdapat perubahan kecenderungan khususnya dalam kalangan pengundi muda dan pengundi bawah 40 tahun.
Tuan Ibrahim berkata, Johor menjadi antara negeri yang menunjukkan perkembangan menarik kerana sebahagian besar pengundi muda kini merupakan kelompok yang pertama kali keluar mengundi dalam pilihan raya negeri sebelum ini.
“Kami turun dengan beberapa kajian, kajian lapangan dan analisis sentimen pengundi.
“Ada satu sentimen yang agak menarik di Johor, pengundi muda positif kepada Pas” katanya kepada media selepas Mesyuarat Agung Pas Kawasan Pasir Mas di sini pada Sabtu.
ARTIKEL BERKAITAN: Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan
'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'
PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?
PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - Amirudin
PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - Aminuddin
Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu
Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian Pas, golongan muda kini lebih terbuka untuk menilai kepimpinan baharu dan menunjukkan kecenderungan untuk ‘mencuba’ parti itu dalam pilihan raya.
“Mereka nak cuba melihat bagaimana kepimpinan kalau Pas diberi peluang untuk menerajui kerajaan,” katanya.
Menurutnya lagi, trend tersebut tidak hanya tertumpu di Johor, sebaliknya turut menunjukkan isyarat yang sama di peringkat nasional berdasarkan analisis awal parti.
Tuan Ibrahim berkata, faktor media sosial dan perubahan demografi pengundi turut menjadi penyumbang utama kepada perubahan mood pengundi, khususnya dalam kalangan generasi muda.
“Kami tengok kecenderungan itu agak ketara sekarang, Insya-ALLAH mudah-mudahan dapat diterjemahkan dalam bentuk undi,” katanya.
Beliau berkata, Pas kini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh penerangan serta mendekati pengundi muda dan pengundi luar yang dijangka memainkan peranan penting dalam menentukan keputusan pilihan raya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!


