Pembantu kedai makan maut, motosikal rempuh pembahagi jalan

Keadaan motosikal mangsa yang terlibat kemalangan di Jalan Gong Kapas, Kuala Terengganu awal pagi Jumaat.
Keadaan motosikal mangsa yang terlibat kemalangan di Jalan Gong Kapas, Kuala Terengganu awal pagi Jumaat.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Seorang pembantu kedai makan maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Jalan Gong Kapas, di sini awal pagi Jumaat.

​Dalam kejadian kira-kira jam 1.58 pagi itu, mangsa, Mohd Faizal Ali, 42, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Keadaan kemalangan di maut Jalan Gong Kapas, Kuala Terengganu awal pagi Jumaat.
Keadaan kemalangan di maut Jalan Gong Kapas, Kuala Terengganu awal pagi Jumaat.

​Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menetap di Pasir Panjang sedang dalam perjalanan pulang dari arah Bandar Kuala Terengganu menghala ke rumahnya.

"​Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.

"Kesan pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, ​kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!